Tuesday, April 23, 2013
WE LOOK SAME, BUT "TASTE" DIFFERENT....
Kita hampir sama rupa dan fizikal...
Seperti garam dan gula, Salt and Sugar...
Tapi "rasa" kita berbeza...
Hargailah perbezaan antara kita...
Moga apabila bergabung "garam" dan "gula"... Menjadilah satu "masakan" yang cukup enak... Cukup "lazat"...
I love Different...
Betapa Beruntungnya Kita...
Kita sangat beruntung mempunyai dua belah mata untuk melihat. Lihatlah apa yang ada dikiri dan apa yang ada di kanan. Mengapa memilih untuk menutup sebelah, lebih teruk menutup keduannya??
Kita sangat beruntung, mempunyai dua belah tangan. Jangan hanya memberi dari sebelah tangan, berilah harapan di sebelah lagi.
Kita sangat beruntung, mempunyai dua belah telinga. Mungkin di sebelah kanan betul, dengarlah. Ataupun mungkin disebelah kiri juga betul, dengarlah.
Kita sangat beruntung, mempunyai dua belah kaki. Berlarilah!! Jangan hanya tahu duduk bersila.
Setiap perbuatan sendirinya wujud pasangan. Sekirannya wujud bersendirian, kita tidak kemana. Namun yang benar itu satu. Yang ikhlas itu satu. Gunakan satu-satunya akal untuk menilai dan gunakan satu-satunya hati, untuk menyucikan diri.
(#JUSTloveSHARING)
Monday, April 22, 2013
PRU13 kini di starting line up..
Kehangatan pilihanraya ke-13 2013 sangat luar biasa dan ia turut dirasai oleh semua rakyat di Malaysia, samaada tua ataupun muda. Selepas penamaan calon pada hari Sabtu, 20 April 2013, menyaksikan bermacam-macam ragam dan kejutan yang berlaku. Antaranya, tiada lagi Parti yang menang tanpa bertanding seperti yang kebiasaan yang berlaku pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Juga kejutan apabila banyak calon yang bertanding di bawah tiket bebas, menyaksikan hampir separuh parlimen dan dewan undangan negeri, bertanding lebih dari 2 penjuru. Ada juga pemimpin tertinggi sayap parti dipecat apabila bertegas untuk bertanding sekalipun tidak dicalonkan. Ada juga yang bertanding sesama sendiri, bahkan ada juga yang menarik diri disaat akhir. Warna warni pilihanraya menjadikan PRU13, antara pilihanraya yang terhangat pernah diadakan selama lebih 56 tahun kita merdeka.
Mungkin ini petanda positif bahawa kerajaan yang bakal di bentuk adalah dari kalangan pilihan calon dari parti-parti politik yang berkualiti dan mampu diterima rakyat secara kasarnya. Mungkin. Atau ia menjadi kerisauan sesetengah pihak, apabila mereka menjangkakan, kerajaan yang tertubuh kelak, dibentuk dari majoriti yang lemah dan bukannya kukuh 2/3 kerana persaingan yang cukup sengit ini. Apapun, ia sudah bermula. “Perang psykologi” di sana sini. Bukan sahaja calon melobi dirinya, malah penyokong tidak terkecuali menjulang pemimpin sokongannya. Janji-janji dari kesemua parti politik memperlihatkan kesungguhan mereka menjadi pemimpin rakyat tidak dapat dinafikan lagi. Senario politik Malaysia tidak lari dari kutuk mengutuk, hina-menghina. Bahkan disaat inilah, apa cara sekalipun digembeling oleh setiap parti politik, asalkan kawasan yang dipertandingkan dalam genggamannya.
Justeru apa peranan kita selama tempoh berkempen ini? Tugas kita cukup mudah. Ada 3 tugas yang perlu kita laksanakan untuk memilih calon yang sesuai.
1) Menganalisis calon-calon yang bertanding. Tidak berpihak kepada sebelah pihak sahaja, perlu dianalisis kedua-duanya sekali. Cara yang terbaik adalah berada dekat dengan calon berkenaan. Melihat percakapan, tingkah laku, dan pemikirannya serta apa matlamat yang hendak dibawanya. Perlu ditetapkan juga, apa matlamat yang kita mahukan? Adakah kita mahu imbuhan semata-mata, atau kita mahukan sesuatu yang bersifat lebih jangka panjang.
2) Menganalisis matlamat parti. Perkara ini sangat penting kerana parti yang memerintah kelak, mempengaruhi keputusan calon yang kita pilih di kawasan kita.
3) Bertindak dengan rasional. Bertindak secara rasional mencakupi semua aspek. Bertindak untuk tidak bertelagah. Bertindak dengan BERDOA. Bertindak untuk tidak membuat kecoh. Dan yang paling penting adalah bertindak dengan memilih masa depan. Berserahlah dan bertawakallah pada Allah sekirannya kita sudah berusaha dalam mengkehendakkan pemimpin yang berkaliber. Kita mungkin merasakan kita betul, bahkan tiada siapa yang merasakan dirinya salah. Justeru, lakukan perubahan. Laksakan tugas kita.
SELAMAT MENGUNDI DAN BERPILIHANRAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)